Pakej Bride & Family

Pakej Bride & Family
Pengantin (RM300) + ahli keluarga/bridesmaids (RM100/org)

Pakej Day Event

Pakej Day Event
RM150/org (3-5org shj)

Pakej Dinner

Pakej Dinner
RM200/org (3-5org shj)
Assalamualaikum


Alhamdulillah, sekali lagi afidahkhamis MAKE UPS & STUFF telah dijemput selaku penaja rasmi solekan bagi peraduan Gerbang Cinta MEGA-Utusan, satu usahasama antara kami dengan akhbar arus perdana tempatan Utusan Malaysia...




Tujuan kami menyertai barisan penaja peraduan ni bukan sekadar
memberi penajaan solekan & dandanan kepada para pemenang.


Kami juga membuka peluang kepada sesiapa yang berminat
untuk menjadi jurusolek professional secara sepenuh masa atau sampingan
mahu pun kepada yang telah pun menceburi bidang solekan & dandanan
terutama solekan & dandanan pengantin
untuk mendapatkan pendedahan serta publisiti media.



Caranya mudah,
hanya sertai mana-mana kelas solekan pengantin
atau pun solekan peribadi (1 to 1)
anjuran afidahkhamis MAKE UPS & STUFF,
dapatkan sijil penyertaan
dan daftar sebagai ahli pasukan penaja kami.



Jangan khuatir..
Sijil penghargaan akan diberikan kepada setiap ahli pasukan penaja..



Berbalik kepada peraduan Gerbang Cinta MEGA-Utusan musim 2 tadi..




Akhirnya setelah kira-kira 5 bulan berlangsung, 10 peserta akhir telah diumumkan dan 4 pasangan bertuah telah terpilih selaku penerima tajaan lengkap bagi majlis perkahwinan masing-masing...alahai bertuahnya badan...alhamdulillah




Juaranya adalah seorang jurutera system
Mohd Danial Hasan Basari dan pasangannya Nurul Illyiana Nor Zaidi





Naib juara ialah seorang doktor pakar kanak-kanak
Farid Fikri Shukri dan pasangan beliau Nur Natalia Ku Yusof




Tempat ketiga dimenangi oleh seorang pensyarah
Marni Azlina Bt Deraman dan bakal suaminya Mohd Shaharul Hisyam Hashim




Manakala tempat keempat pula dimenangi oleh bakal guru
Mohd Ridhuan Roselee dan tunangannya Nur Yasmin Mahazir



6 lagi pasangan bertuah membawa pulang beberapa hadiah saguhati tajaan para penaja termasuk kami...jadinya semua kesepuluh finalis ni insyaAllah merasalah hasil kerja tangan pasukan kami...

Oh ya...turut menyertai saya dalam pasukan penaja pada musim ini

adalah beberapa ahli yang terdiri daripada jurusolek professional



Fyza (017 210 10 82)

Baby (012 242 40 87)

Sue (012 253 75 45)


turut dibantu oleh Siti, Lindy dan Dura...

Majlis persandingan para pemenang akan diadakan antara 26 Febuari 2011 hingga 3 April 2011

Nantikan entry saya untuk perkembangan selanjutnya...


Tata!
















Comments

  1. First of all I want to say great blog! I had a quick question
    which I'd like to ask if you do not mind. I was interested to know how you center yourself and clear your mind prior to writing. I have had trouble clearing my mind in getting my ideas out. I truly do enjoy writing however it just seems like the first 10 to 15 minutes are lost simply just trying to figure out how to begin. Any ideas or tips? Thank you!
    My web page - free porn movie Bdsm

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts