make up is a reflection of how you feel and want to be perceived........
There was an error in this gadget

quotation request form

Nama penuh:
No Telefon & H/p:
Email Address:
Alamat :
MAJLIS # 1 : (Tarikh; Lokasi; Gaya (bertudung, etc); Waktu perlu selesai bersiap)
MAJLIS # 2 : (Tarikh; Lokasi; Gaya (bertudung, etc); Waktu perlu selesai bersiap)
MAJLIS # 3 : (Tarikh; Lokasi; Gaya (bertudung, etc); Waktu perlu selesai bersiap)
Pertanyaan/komen:

SILA BACA "TERMA & SYARAT" PEKHIDMATAN KAMI DI BAWAH

Sunday, February 20, 2011

Assalamualaikum


Alhamdulillah, sekali lagi afidahkhamis MAKE UPS & STUFF telah dijemput selaku penaja rasmi solekan bagi peraduan Gerbang Cinta MEGA-Utusan, satu usahasama antara kami dengan akhbar arus perdana tempatan Utusan Malaysia...




Tujuan kami menyertai barisan penaja peraduan ni bukan sekadar
memberi penajaan solekan & dandanan kepada para pemenang.


Kami juga membuka peluang kepada sesiapa yang berminat
untuk menjadi jurusolek professional secara sepenuh masa atau sampingan
mahu pun kepada yang telah pun menceburi bidang solekan & dandanan
terutama solekan & dandanan pengantin
untuk mendapatkan pendedahan serta publisiti media.



Caranya mudah,
hanya sertai mana-mana kelas solekan pengantin
atau pun solekan peribadi (1 to 1)
anjuran afidahkhamis MAKE UPS & STUFF,
dapatkan sijil penyertaan
dan daftar sebagai ahli pasukan penaja kami.



Jangan khuatir..
Sijil penghargaan akan diberikan kepada setiap ahli pasukan penaja..



Berbalik kepada peraduan Gerbang Cinta MEGA-Utusan musim 2 tadi..




Akhirnya setelah kira-kira 5 bulan berlangsung, 10 peserta akhir telah diumumkan dan 4 pasangan bertuah telah terpilih selaku penerima tajaan lengkap bagi majlis perkahwinan masing-masing...alahai bertuahnya badan...alhamdulillah




Juaranya adalah seorang jurutera system
Mohd Danial Hasan Basari dan pasangannya Nurul Illyiana Nor Zaidi





Naib juara ialah seorang doktor pakar kanak-kanak
Farid Fikri Shukri dan pasangan beliau Nur Natalia Ku Yusof




Tempat ketiga dimenangi oleh seorang pensyarah
Marni Azlina Bt Deraman dan bakal suaminya Mohd Shaharul Hisyam Hashim




Manakala tempat keempat pula dimenangi oleh bakal guru
Mohd Ridhuan Roselee dan tunangannya Nur Yasmin Mahazir



6 lagi pasangan bertuah membawa pulang beberapa hadiah saguhati tajaan para penaja termasuk kami...jadinya semua kesepuluh finalis ni insyaAllah merasalah hasil kerja tangan pasukan kami...

Oh ya...turut menyertai saya dalam pasukan penaja pada musim ini

adalah beberapa ahli yang terdiri daripada jurusolek professional



Fyza (017 210 10 82)

Baby (012 242 40 87)

Sue (012 253 75 45)


turut dibantu oleh Siti, Lindy dan Dura...

Majlis persandingan para pemenang akan diadakan antara 26 Febuari 2011 hingga 3 April 2011

Nantikan entry saya untuk perkembangan selanjutnya...


Tata!
















Sempena Peraduan Gerbang Cinta MEGA-Utusan musim 2,

kami telah mengeluarkan 3 voucer ..



Voucer 1






Voucer 2






Voucer 3



Syarat-syarat penebusan voucer adalah spt berikut:
1. Tidak boleh ditukar dgn wang.
2. Sah utk 1 org / sesi shj.
3. Tidak sah digunakan secara kumulatif.
4. Sah sehingga 31/12/11.
5. Tidak sah dgn sebarang promosi.
6. Hanya utk perkhidmatan oleh penama yang tertera di atas voucer shj.
7. Penama tersebut berhak meminda atau membatalkan voucer ini tanpa sebarang notis.
8. Afidah Khamis dan afidahkhamis MAKE UPS & STUFF hanya bertanggungjawab ke atas urusan bagi voucer 1 & 2 shj.
9. Meliputi semua terma & syarat am.
10. Sila bawa voucer ini utk penebusan


Jadi kepada sesiapa yang berminat mendapatkan khidmat kami dengan harga istimewa, bolehlah dapatkan voucer ini yang akan diedarkan

pada majlis persandingan pemenang pertama, kedua, ketiga & keempat nanti..


buat masa ni majlis persandingan pemenang keempat
Mohd Ridhuan Roselee
&
Nur Yasmin Mahazir

akan diadakan di kampung halaman Mohd Ridhuan di
Hutan Melintang, Perak
pada 26 Febuari 2011.



Sekian dulu buat kali ni...
nantikan entry kami untuk mengetahui tarikh & lokasi majlis

pemenang-pemenang seterusnya..


Salam.