make up is a reflection of how you feel and want to be perceived........
There was an error in this gadget

quotation request form

Nama penuh:
No Telefon & H/p:
Email Address:
Alamat :
MAJLIS # 1 : (Tarikh; Lokasi; Gaya (bertudung, etc); Waktu perlu selesai bersiap)
MAJLIS # 2 : (Tarikh; Lokasi; Gaya (bertudung, etc); Waktu perlu selesai bersiap)
MAJLIS # 3 : (Tarikh; Lokasi; Gaya (bertudung, etc); Waktu perlu selesai bersiap)
Pertanyaan/komen:

SILA BACA "TERMA & SYARAT" PEKHIDMATAN KAMI DI BAWAH

Sunday, December 30, 2012

Just when i thot....

Got myself a new set of mobile phone. So here i go again... Lets work it babe!

Saturday, December 29, 2012

Make up Cantik - muka nampak kurus!

Salam!

Ok ini sambungan daripada post saya sebelum ni...

Tapi kali ini saya nak ajar macamana nak bagi wajah nampak kurus dengan menggunakan 3 warna foundation.

Mula-mula anda kenalah cari warna foundation yang paling hampir dengan warna asli kulit anda.

Lepas tu cari warna yang satu tingkat lebih cerah dan satu tingkat lebih gelap dari warna foundation pertama tadi.
Jadi sekarang anda dah ada 3 warna foundation.

Ok, lepas sapu pelembap wajah, bolehlah anda mulakan dengan foundation yg sama dgn warna kulit anda.

Lepas tu, ambil foundation yang satu tingkat lebih cerah dan sapu pada bahagian bertanda 1 seperti dalam gambarajah.

Kemudian, ambil foundation yang satu tingkat lebih gelap dan sapu pada bahagian bertanda 2 seperti dalam gambarajah.

Bahagian bertanda 3 ialah kawasan untuk menyapu blusher jenis krim (jika ada). Macamana nak guna blusher jenis krim ni?...insyaAllah saya ajar dalam post lain kali...:)

Ok u alls try la teknik ni dulu...and mcm biasa, practise makes perfect...sampai jumpa lagi...

Sekian tips Make Up Cantik, make up cantik-cantik ya!!!!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, December 28, 2012

Attack the Mango Tree!!!

Memburukkan org lain takkan menampakkan seseorang tu lebih molek. Tambah pulak bila dah tak ada idea ttg keburukkan pihak lawan, habis segala keturunan org tu yg dok bergolek2 dlm kubor ipar duai jiran tetangga kucing peliharaan hatta pokok mangga depan tangga rumah dia pun habis dicerca. Bila ditanya "Apa yg ko tak puas ati sgt dgn DIRI DIA bukan dengan bapak dia ke jiran dia ke kucing dia ke pokok dia ke?"..terkebil2 tak reti nak jawab apa...

To those yg mengalami situasi mcm ni, this is not your battle. Abaikan aje. Org mcm ni sebenarnya tak ada masalah dengan kita. Dia cuma nak nyakitkan ati aje supaya kita pun turun sama level dgn dia, mencerca keturunan dia pula (tak payah kata apa2, dia aje dah cukup bukti keturun jenis apa hahaha!)

Lebih elok bior aje ler dia perang dengan pokok mangga....:D


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, December 26, 2012

Nota Cantik - Smile!

Allooo!!

Pernah tak dah que panjang2 kat mana2, fast food misalnya..finally bila sampai turn kita nak order adik kat kaunter tu layan endah tak endah aje. Senyum dah ntah ke mana, cakap pun mcm nak marah aje? Ada pelanggan saya tengok sampai kat kaunter tu dia pun buat muka marah siap2. Penat que katanya. Adik pekerja kat kaunter tu dah tentu le, penat banyak order katanya. Sudahnya pantang silap sikit, "Where's your manager" saje.

Memang le adik kat kaunter tu dapat gaji untuk penat dia. Apa bezanya kita yang dpt sesuatu dengan duit yang kita bayar tu, bukannya kita sedekah percuma. Ye tak?

So next time, bila kita kena que panjang2 kat mana2, sampai aje kat kaunter tu, apa kata kita senyum as cheerful as possible and say "Hai!", bagi salam ke, kann. Smile is contagious tau! And normally it works. :)

Rasanya ramai antara kita yg tau tektik ni, tak percaya tanya HR dept tak pun account dept, depa mesti selalu jumpa org2 yg nak mintak tolong 'expedite' certain process kann *wink*wink* ;).
Cuma sometimes kita lupa nak praktikkan prk yg sama terutama kpd org lain yg kita anggap golongan yg lbh 'rendah' dari kita contohnya pekerja fast food, cleaner, pemungut sampah dsb.

Ok berbalik kpd que tadi, kalau insan di blkg kaunter tu masih mencuka dan degil nak layan kepala hangen dia aje, apa kata kita step up our game. We are in control, remember :). "Wow! Ramainya org! Mesti u penat kan??" mungkin boleh mengembalikan ingatan dia bahawa dia bukanlah mesin, tetapi manusia. Jgn lupa buat muka simpati. Silap2 u dpt ais kerim free...Cubalah! Hehehe

Sekian tips Nota Cantik...take note, be cantik! :D

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Make Up Cantik - macamana nak make up tak nampak gemuk

Hola!

Kat sini saya nak kongsi experience masa saya make up pengantin. Biasanya pengantin concern muka dia tembam, padahal ada setengah tu tak la gemuk pun..saya rasa ramai yg ada masalah serupa..Jadi hari ni saya nak bagi tips macamana nak make up supaya dapat bagi ilusi muka kurus...hehehehe...

Apa yg diperlukan ialah 3 warna foundation. Mak ai!! Mana nak cekau duit beli sampai 3 botol foundation, average satu bijik aje dah dlm RM70???

Ok kalau tak ada bajet beli aje 1 kaler ikut warna bersesuaian dgn kulit muka. Mcmana nak pilih wrn yg sesuai? Nanti saya update di post yg lain ya :).

Ok lepas dah sapu foundation tu, amik pensil kening warna brown, buat 2 garisan sepanjang batang hidung. Mula dari paras pangkal kening sampai hujung hidung. Jarak antara garisan lbh kurang 5mm. Kaburkan garisan tu ke arah sisi hidung.
Ini bagi ilusi wajah panjang.

Langkah seterusnya, gunakan pensil yg sama, buat satu garisan lurus di bawah tulang pipi dan kaburkan menghala ke bawah. Ini bagi ilusi pipi kurus.

Akhir sekali, buat garisan sepanjang rahang dan kaburkan menghala ke leher.
Ini nak cover double chin :).

Teknik ni mmg nak kena practise baru dpt effect yg natural, so sabar byk2 dan practise le selalu :)

Tapi mcm biasalah kalau nak cantik kenalah keluar modal. Jadi kalau ada 3 warna foundation tu better la.

Sekian tip Make Up Cantik, make up cantik-cantik!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, December 24, 2012

Resepi Cantik - pembersih muka

Ok hari ni saya nak share resepi pembersih muka berasaskan yoghurt.

Tapi kat sini yoghurt yg digunakan bukanlah yoghurt yg ada perisa buah-buahan dan sebagainya tu ye heheheh...carilah plain, unsweetened yoghurt :).

Yg full cream version tu lbh melembap utk kulit kering. Yg low fat atau fat free yoghurt pulak lbh sesuai utk kulit berminyak dan senang berjerawat.

Strawberry dan jus lemon ni sesuai utk kulit muka yg berminyak sebab kaya dgn vit C yang menggalakkan pencerahan kulit dan parut2 jerawat.

Ok ini resepinya, selamat mencuba:

STRAWBERRY, LEMON and YOGHURT CLEANSING CREAM

1 biji besar atau 2 biji kecil fresh strawberry yg dilenyek

1 sudu teh jus lemon

1 sudu the yoghurt tawar tanpa perisa

Cara penyediaan:
1. Campur je semua bahan tu dlm mangkuk, gaul rata.

Cara aplikasi:
1. Bilas muka dgn air. Sapu bahan2 pembersih yg dah dibancuh tadi dan urut perlahan-lahan dlm gerakan bulat.

2. Gunakan tisu bersih utk buang pembersih tu dari muka.

3. Bilas dengan air dan lap kering.

Selesai! :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Testing...

Yes, I'm trying to update a post thru email using my mobile...hehehe...I'm soo outdated lah! :D...now let's see if it works...*fingers crossing*
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, December 23, 2012

"Make up is a reflection of how you feel and want to be perceived..."

Assalamualaikum.

What's with the title?? hehehe...Ada orang tanya saya apa maksud saya bila saya tulis mcm tu...
ok...loosely translated to Malay "Solekan ialah apa yang kita rasa dan apa yang kita nak orang sangka tentang diri kita.." Adakah ianya bermaksud kita boleh memanipulasi wajah supaya orang sangka sesuatu yang bukan sebenarnya diri kita?....Betul!...Cuma statement tu mcm negatif sikit, ye tak...seolah2 solekan saya ni membolehkan orang hipokrit terutama pada hari persandingan mereka hehehe...well, bergantung kpd client, saya pun ada buat solekan mcm tu..:)..but my point is apa kata kita menipulasi solekan supaya orang lihat siapa kita yang sebenarnya?...hmmm macamana nak buat macam tu?...bayau mahal2 pastu nampak serupa aje??...uhuhuhu....kalau anda semua tengok hasil kerja solekan pengantin saya sederhana sahaja...errr...saya tak ada masalah dengan gaya solekan terkini yang rata-rata menampilkan wajah jelita persis calon-calon Juara anugerah Bintang Fofuler...cuma saya memang senang dengan kesederhanaan saya tu sebab itulah identiti solekan saya...:)

Ada juga orang kata "Yelah..kita nak pakai make up tapi taknaklah sampai bakal suami pun tak kenal kita"...hehehe kelakar pun ada juga dengan statement mcm ni...saya setuju juga..tapi apa yang lebih penting bagi saya ialah kita bersolek untuk diri sendiri...sebab tak semua orang dikurniakan rezeki bertemu jodoh...lagipun kita ni kenalah complete dulu baru boleh complement others (dlm konteks statement ni merujuk kpd suami)...owh! dah lari topik tu...ooops!...ha yang itu nanti kita discuss dlm topik Cinta ye...

Berbalik pada topik, kenapa saya kata "Solekan ialah apa yang kita rasa dan apa yang kita nak orang sangka tentang diri kita.." walhal saya kata saya make up sederhana aje....sebab pada saya kecantikan berkait dengan perasaan dan bagaimana kita menjaga diri kita.. Sedar atau tak, selama kita hidup ni, apa saja yang kita amalkan dalam penjagaan diri, matlamat kita sebenarnya adalah untuk dikenali selaku yang terbaik sebagai diri sendiri, bukan selaku yang terhebat tetapi sebagai orang lain...oleh itu pada saya sepatutnya kecantikan ialah tentang mencari kelebihan diri dan menggunakannya sebaik mungkin...

Sayangnya, kebanyakkan kita sebok mencari kekurangan diri sendiri...si kerinting nak buat rebonding...si gelap nak buat bleaching...adooii!!! Ada saje yang nak direka-semula...Of course semua kita ada kekurangan, tapi janganlah obses sangat...Apa kata kita fokuskan tenaga dan masa tu untuk meneliti kelebihan yang kita ada...Contoh setengah orang kulit gelap, hidung pesek, tapi kulit dia halus cantik...kalau dari konteks solekan, saya sarankan gunalah blusher dengan warna bersesuaian supaya kulit yang mulus tu menyerlah jadi tarikan...atau mungkin mata dia cantik...pakai eyeliner aje pun dah menawan, misalnya kann...:)...hihihi...ada kawan saya rambut dia kerinting macam spring (ya, memang boleh meregang dan kembali anjal serupa spring ok :D)...pada saya sangat cantik dan eksotik ;)....kalau org lain dah meluru ke salon utk rebonding, but instead of wasting her time and money on that, apa dia buat, setiap pagi dia akan bangun tidur dengan 'bed hair' terus mandi cuci kepala, lepas tu biar aje rambut dia kering sendiri, jadi rambut dia akan kembali ke bentuk mcm spring..tak perlu sikat....dan dia tampil unik dan istimewa :). lesson learned: exaggerate your assets.

Tentunya kepada saudara Muslim saya tak ada masalah nak bercantik2 ni asalkan kita awasi batas syariah ye..:)

Having said that, personally saya tak menentang sebarang medium utk mereka-semula diri anda yg dah sedia ada, cuma saya nasihatkan berhati2...ambil kira moral dan kepercayaan agama masing2.  Yelah, kalau dah obses tu kekadang berlebih-lebih pulak. Contohnya pakai make up tebal2 seumpama topeng pulak. When it comes to make up, less is more...:)

Bukan perempuan aje, yang lelaki pun sama. Ada sesetengah tu obses otot kental...bukan sahaja anda kelihatan pelik...nak pakai baju dengan selesa pun payah sebab leher dan lengan tak muat kann :P..

Perihal plastic surgery pulak, saya cuma nak kata, wajah kita ialah wajah kita. Macamana rupanya sekalipun, ianya datang dlm satu pakej. Bila kita ubah satu item dlm pakej tu, misalnya hidung, ianya akan mencacatkan keseluruhan pakej. Cacat macamana? Bukan ke makin cantik macam so-and-so..mcm artis Korea, dan sebagainya....haaaa! inilah 'kecacatan'nya. Whats the point bila semua orang mati-mati nak wajah serupa macam orang lain?? Manusia tak dicipta di kilang. Kita tak ada cetak. Tak payahlah nak terikut-ikut dengan idea kecantikan yang diprogramkan oleh orang lain. Jadilah diri sendiri. Kelainan kita tu yang membuatkan kita istimewa. Belajar meraikannya.

Dah tentu ada cara nak kekalkan penampilan supaya nampak sihat (bukan nampak muda ye...huhuhu) dan mudah didekati. Antaranya jaga kulit, minum banyak air, jaga kuku, jaga gigi, trim rambut, mandi, guna pewangi dan banyak lagi. Paling penting kalau dah pakai make up, sebelum tidur mesti bersihkan make up tu. Kalau dah tak ada sangat make up remover, guna baby oil paling berkesan, tak pun shampoo baby Johnson 'tak pedihkan mata' tu pun boleh...banyak lagi tips saya nak kongsi tapi lain post tentang Spa insya Allah ye...hihihi...

Macam saya katakan awal tadi, bila pakai make up tu berpada-pada...Macamana nak tau?...banyak kelas solekan diadakan join ajelah yang mana berkenan...tapi untuk yang tak ada bajet, alternatif lebih murah singgahlah ke kaunter-kaunter kecantikan walaupun tak ada niat nak beli...saya percaya sales person tu akan ajar macamana nak guna produk dia...jangan takut nak singgah....berbaik sangkalah kepada sales person yang diberi gaji untuk melayan pelanggan samada berpotensi sbg pembeli atau tidak...biasanya bila kita buruk sangka ianya akan terpancar di wajah...so jangan nak salahkan sales person sombong kalau sebenarnya hati kita yang sediakala curiga hihihi....rugi tak tanya sebab biasanya sales person di kaunter produk-produk mahal ni mereka ni dah terlatih secara professional bukan sekadar tentang produk mereka, tapi mcamana nak layan pelanggan dengan hebat juga...mungkin wajah yang anda tampilkan hari ini rupanya bukanlah yang terbaik, mereka ni boleh berikan pendapat professional mereka...:)...tak beli tak apa insyaAllah mereka takkan marah...Cubalah!

Pendek kata kunci kecantikan tu mudah aje..Lagi happy kita rasa, lagi hebat la penampilan kita...kalau kita jaga diri baik-baik, insya Allah kita cantik dah. Sebab ianya menunjukkan yang kita hormat diri sendiri. Itu akan buat orang lain hormat dan beri perhatian kepada kita. Sentiasa berbuat baik, sedekah, bagi hadiah, bagi seat utk yg memerlukan dlm public transport, hold the door, ingat birthday orang, beri pujian dan sebagainya. Ha jangan lupa senyum :) pada orang lain dan diri sendiri juga. Macam orang gila? Apa salahnya...terutama bila kita buat silap contoh tertinggal kunci...daripada marah2 dan affect mood orang lain...lebih baik ketawakan diri sendiri..kann :D

SO mulai saat ini, mari kita janji pada diri sendiri, "saya akan hargai setiap kelebihan dan kekurangan diri"...dan jangan lupa senyum :)