Pakej Bride & Family

Pakej Bride & Family
Pengantin (RM300) + ahli keluarga/bridesmaids (RM100/org)

Pakej Day Event

Pakej Day Event
RM150/org (3-5org shj)

Pakej Dinner

Pakej Dinner
RM200/org (3-5org shj)

"WAKTU PERLU SELESAI BERSIAP"



Waktu DAH SELESAI PAKAI BAJU TUDUNG segala.
BUKAN 'waktu majlis'.  
senario 1: 
Majlis di rumah pukul 1230.
Nak stand by 15 minit sebelum acara dimulakan.
Maka WAKTU PERLU SELESAI BERSIAP ialah 1215.

senario 2:
Majlis di dewan pukul 1230.
Jarak dari rumah tempat bersiap ialah 20minit berkereta.
Kalau kira sekali waktu semua ahli rombongan pengantin nak turun lift masuk kereta bagai lebih kurang 10minit.  
Maka WAKTU PERLU SELESAI BERSIAP ialah 1200.

===================================================

RASIONALNYA:

Bila Kak P dah tau 'waktu perlu selesai' bersiap, barulah kak P boleh kira dan bagitau uolls 'waktu mula' mekap.

Kalau kak P taktau pukul berapa kak P kena mula mekap uolls, kakp tak boleh pastikan samada kak P available atau tak untuk slot yang uolls tanya tu.

cth:
Katalah kak P dah terima booking dari Miss A pagi yg sama.
Miss A bgtau kak P dia nak siap pkl 0930.


Kemudian uolls pulak nak book kak P.
Kak P pun tanya tarikh, lokasi dan 'waktu majlis' (bukan "waktu perlu selesai' bersiap)
Uolls pun bagitau la kak P majlis uols pkl 1230.

So kakp kira2, kak P kena mula mekap uolss pkl 1000.

Miss A nak selesai 0930.
Jarak dr tpt Miss A ke tpt uolls setengah jam drive. 
Ok kak P kira sempat. So kak P pun terima booking uolls.
Kak P pun bagitau uolls kak P akan sampai tpt uolls pkl 1000.

Uolls pun ok jelah. Yelah manalah uolls tau sempat ke tak sempat kan. Lagi pun utk org yg tak biasa dgn kerja2 siapkan pengantin, lojiknya pkl 1000 tu awal kot.

Sampai masa mekap uolls, baru kak P tau uolls nak kena gerak ke dewan pkl 1200.
Tak kelam kabut ke kak P nak buat kerja? Sempat tu insyaallah sempat, tapi tak seronok la sebab kena rush. Tu belum kira faktor2 yg tambah melambatkan kerja. 

So nampak tak kepentingan utk kak P tahu WAKTU PERLU SELESAI bersiap, dan bukan 'waktu majlis'?

Even kalau nikah kat masjid depan rumah pun bagilah masa extra utk jalan kaki ke masjid. Lojiknya takkan nikah pkl 2.30ptg nak suruh kakp siap pkl 2.30ptg jugak. Bagilah masa kurang2 15minit. Jalan kaki pakai track bottom tak sama dgn berjalan dalam baju pengantin nak pegang kain nak pegang bunga nak tunggu pengapit pegang payung segala. 

Client kak P bukan pengantin sahaja. Katalah client nak mekap utk dinner. On the way nak pergi majlis dinner dia nak kena hantar ank ke baby sitter dulu. So manalah kakp tau pkl berapa dia nak kena gerak kan. Imagine kalau kak P cuma tanya 'waktu majlis' aje. huhu

So nampak tak, setiap client yg dtg bertanya, ada agenda majlis yg berbeza. Maka keperluan masing2 pun tak sama. Takkan kak P nak buat set soalan yg berasingan utk setiap client. Jadi soalan tepat utk semua jenis client ialah 'Pkl brp waktu perlu selesai bersiap'.

Now faham ya?

ok dear..terima kasih sudi baca.. : )


Comments

Popular Posts