Peringatan Mesra
Hi uols. Just nak share sesiapa yg menempah khidmat kakp lepas ni akan dapat reminder macam ni. So kakp just park kat sini memudahkan kakp nak refer nanti. ☺️
Peringatan Mesra
Dengan penularan wabak Covid19, AKTIVITI SOLEKAN ADALAH BERISIKO TINGGI.
Sila beri kerjasama berikut demi mengurangkan risiko jangkitan.
Hadkan tempoh kontak:
- Urus persiapan majlis secara sistematik untuk menjimatkan masa:
- Ruang persiapan:
- Sebaiknya dengan pengudaraan yang baik, dekat air paip dan sinki, selain dilengkapi kerusi, meja, cermin, socket dan kipas.
- Sedia digunakan selewat-selewatnya setengah jam sebelum jadual.
- Pakaian dan aksesori:
- Pilih persalinan yang ringkas dan mudah dipakai.
- Tudung:
- Berlatih gaya diingini sebelum hari majlis.
- Gunakan semburan kanji (starch spray).
- Gosok yang perlu dan baiki yang tetas, patah, berbelit dsb
- Susun semua item yang telah sedia dipakai di ruang bersiap.
- Waktu persiapan:
- Maklumkan jadual semua pihak terlibat (cth: pengantin lelaki, dsb).
- Aturkan persiapan lain (cth: pakai inai, dsb) supaya tidak mengganggu sesi solekan.
- Hari majlis:
- Mandi, solat, makan, pakai contact lens, dsb sebelum MUA tiba.
- Kurangkan aktiviti untuk mengurangkan peluh.
- Bersedia dalam pakaian majlis.
- Pakai surgical mask yg bersih.
Hadkan jumlah kontak dan sebaran droplets:
- Kawal gangguan, hadkan akses bilik ketika proses persiapan.
- Dapatkan bantuan menjawab mesej dan panggilan telefon bagi mengurangkan komunikasi dengan individu lain ketika bersama MUA.
- Bercakap hal yang penting sahaja dengan MUA (cth: selesaikan urusan pembayaran, maklumkan look yang dihajati, dsb sebelum hari majlis).
Sila ajukan sebarang soalan secepat mungkin. Semoga dipermudahkan urusan.
Comments
Post a Comment