Pakej Bride & Family

Pakej Bride & Family
Pengantin (RM300) + ahli keluarga/bridesmaids (RM100/org)

Pakej Day Event

Pakej Day Event
RM150/org (3-5org shj)

Pakej Dinner

Pakej Dinner
RM200/org (3-5org shj)

Pengecualian akibat PKP 2021

Assalamualaikum uollss..


PKP datang lagi..huhuhu

Tapi alhamdulillah kali ni kita dah ada pengalaman kan. So KakP nak update SOP KakP untuk sebarang tempahan yang terkesan akibat PKP kali ni ya.


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Pengumuman: 11 Januari 2021

Tempoh: 

Rabu 13 Januari 2021 - Selasa 26 Januari 2021 


Pengumuman: 21 Januari 2021

Tempoh: 

Rabu 27 Januari 2021 - Khamis 4 Februari 2021

(updated 21/1/21)


Pengumuman: 2 Februari 2021

Tempoh: 

Jumaat Februari 2021 - Khamis 18 Februari 2021 

(updated 2/2/21)


Pengumuman: 16 Februari 2021

Tempoh: 

Jumaat 19 Februari 2021 - Khamis 4 Mac 2021 

(updated 16/2/21)


Pengumuman: 4 Mei 2021 

Tempoh: 

Khamis 6 Mei 2021 - Isnin 17 Mei 2021 

(updated 4/5/21)


Pengecualian adalah hanya kepada pelanggan berikut:

  1. yang telah menempah sebelum tarikh pengumuman 
  2. tempahan dibuat bagi mana-mana tarikh dalam tempoh PKP tersebut


Sila hubungi KakP untuk:

  1. Meminda tarikh tempahan. 
  2. Menuntut pemulangan deposit. 


MEMINDA TARIKH TEMPAHAN

Syarat:

  1. Pemakluman tarikh baru hendaklah dibuat dalam masa 6 bulan dari tarikh tempahan asal. 
  2. Tarikh baru boleh dipilih dari mana-mana tarikh dalam tempoh setahun bermula dari tarikh tempahan asal.

Jika tiada tarikh baru dimaklumkan sehingga tempoh 6 bulan tersebut berakhir, deposit dikira lupus tanpa pemberitahuan. 



MENUNTUT PEMULANGAN DEPOSIT

Syarat:

  1. dibuat dalam tempoh 1 minggu selepas makluman PKP. 
  2. Sila sertakan 
    1. Nama bank
    2. No akaun bank
    3. Nama pemunya akaun

Jika tiada tuntutan dari pihak pelanggan sehingga tamat tempoh 1 minggu tersebut, status tempahan dikira sebagai 'Meminda Tarikh Tempahan’ dan tertakluk kepada syarat yang berkenaan.  


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


So senang cerita dalam tempoh seminggu selepas pengumuman PKP, silalah contact kakp cecepat, jgn dok buat senyap aje☺️ 


Kalau buat senyap aje deposit kakp pegang, tapi uols kena bagi tarikh baru. 


Kalau sampai 6 bln pun takde tarikh baru atau tiba2 kata nak kensel, deposit burn ya. Kalau yg mcm ni kakp cadangkan tukar tempahan utk acara lain spt photoshoot atau pas kpd kawan atau saudara mara. 


So kalau risau hilang duit deposit, kakp nasihatkan ctc kakp dlm tempoh seminggu lps pengumuman PKP, dan batalkan tempahan, insyaallah kakp pulangkan deposit. 


Minta maaflah ya. Kakp tak nak hutang kat awak lama2😅. Kalau kakp pegang duit awak berbulan2 sekalipun, tiada jaminan kakp akan dulukan booking awak, sebab siapa yg ada date dulu, dia akan dapat. Jadi better ambik balik duit awak sementara kakp masih hidup😆. Seandainya satu hari nanti uolls dah dapat date baru, kalau mmg ada rezeki, insyaallah kita akan bekerjasama😊.


Ok ni cara kakp. MUA lain, lain cara kerja mereka. Harap tiada kecaman kepada mana2 pihak ya. 


Btw deposit kakp RM50 je per sesi. Sapa nak buat booking dialu2kan. Insyaallah kalau tempahan uols terkena tarikh PKP akan datang, kakp akan refund syaratnya tuntut dalam tempoh yang dinyatakan. 


Semoga kita semua diberkati dengan kesabaran, diberi kesihatan yang baik, diteguhkan iman dan dipermudahkan urusan ♥️




Comments

Popular Posts