Pakej Bride & Family

Pakej Bride & Family
Pengantin (RM300) + ahli keluarga/bridesmaids (RM100/org)

Pakej Day Event

Pakej Day Event
RM150/org (3-5org shj)

Pakej Dinner

Pakej Dinner
RM200/org (3-5org shj)

Pengecualian akibat PKP (2021)


“TOTAL LOCKDOWN” FASA PERTAMA (cont)

Pengumuman: 11 Jun 2021 

Tempoh: Selasa 15 Jun 2021 - Isnin 28 Jun 2021  

Kawasan terlibat: Seluruh negara





“TOTAL LOCKDOWN” FASA PERTAMA

Pengumuman: 28 Mei 2021 

Tempoh: Selasa 1 Jun 2021 - Isnin14 Jun 2021  

Kawasan terlibat: Seluruh negara


PKP

Pengumuman: 10 Mei 2021 

Tempoh: Rabu 12 Mei 2021 - Isnin 7 Jun 2021  

Kawasan terlibat: Seluruh negara



PKP

Pengumuman: 5 Mei 2021 

Tempoh: Jumaat 7 Mei 2021 - Khamis 20 Mei 2021  

Kawasan terlibat: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur



PKP

Pengumuman: 4 Mei 2021 

Tempoh: Khamis 6 Mei 2021 - Isnin 17 Mei 2021  

Kawasan terlibat : Selangor (daerah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang).






PKP datang lagi😢😢


Macam sebelum ni, kakp buat pengecualian untuk pelanggan yang telah menempah dan terkesan akibat PKP.  Kakp share semula syarat-syaratnya ya..


Merujuk SOP Fasa 1 Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 oleh kerajaan Malaysia dalam menangani penularan wabak Covid-19, sila ambil maklum perkhidmatan solekan dan persiapan pengantin tidak diwartakan sebagai  ‘perkhidmatan perlu’ (essential services).



Oleh itu dukacita dimaklumkan pihak kami tidak dapat menjalankan perkhidmatan solekan dan persiapan pengantin sepanjang tempoh PKP.  


Sehubungan dengan itu pihak kami menawarkan pengecualian kepada pelanggan yang telah membuat tempahan seperti syarat di bawah:


PENGECUALIAN AKIBAT PKP (PENGECUALIAN KHAS BENCANA)


Pengecualian adalah hanya kepada pelanggan berikut:

  1. yang telah menempah sebelum tarikh pengumuman PKP.
  2. yang telah menempah mana-mana tarikh & waktu (slot) yang dijadualkan dalam tempoh PKP berkuatkuasa samada ke atas pihak kami atau pihak pelanggan. 
  3. dengan alamat lokasi persiapan/tugasan di kawasan terbabit dengan PKP sahaja.

Sila hubungi pihak kami untuk salah satu tindakan berikut:

  1. Meminda slot tempahan. 
  2. Menuntut pemulangan deposit dan/atau baki bayaran yang telah dijelaskan. 


MEMINDA SLOT TEMPAHAN

Syarat:

  1. Pemakluman slot baru hendaklah dibuat dalam masa 6 bulan dari tarikh slot tempahan asal. 
  2. Slot baru boleh dipilih dari mana-mana slot dalam tempoh setahun bermula dari tarikh slot tempahan asal.

Jika tiada slot baru dimaklumkan sehingga tempoh 6 bulan tersebut berakhir, deposit dikira lupus tanpa pemberitahuan. 



MENUNTUT PEMULANGAN DEPOSIT DAN/ATAU BAKI BAYARAN YANG TELAH DIJELASKAN

Syarat:

  1. dibuat dalam tempoh 1 minggu selepas makluman PKP.
  2. Sila sertakan
    1. Nama bank
    2. No akaun bank
    3. Nama pemunya akaun
  3. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan sebaik transaksi pemulangan di atas telah diselesaikan. 
  4. Kami tidak bertanggungjawab ke atas wang yang tidak dituntut. 

Jika tiada tuntutan dari pihak pelanggan sehingga tamat tempoh 1 minggu tersebut, status tempahan dianggap sebagai 'Meminda Slot Tempahan’ dan tertakluk kepada syarat yang berkenaan.  


=========================

Ok kita repeat la apa yg kakp pernah bgtau sebelum ni..


Senang cerita dalam tempoh seminggu selepas pengumuman PKP, silalah contact kakp cecepat untuk maklumkan keputusan, samada nak cancel booking & mintak refund atau nak kekalkan deposit. Jangan la dok buat senyap aje☺️ 


Kalau dah lbh seminggu pun takde berita dari uols, deposit dah tak boleh mintak balik ya. Kakp akan anggap uols nak carry forward deposit tu utk booking yang baru. 


So uols kena bagi tarikh & waktu booking yang baru dlm tempoh 6 bulan dari date booking asal. 


Ok bila dah sampai 6 bln pun uols takde bgtau kakp tarikh & waktu booking yang baru, deposit uols dikira burn ya. 


So katalah kerajaan announce PKP or lockdown dsb, then dah lps seminggu announcement tu baru uols nak bgtau kakp kata nak kensel booking, deposit uols burn ok. Kalau yg mcm ni kakp cadangkan uols tukar tempahan utk acara lain spt photoshoot atau pas kpd kawan atau saudara mara. 


So siapa risau hilang duit deposit, kakp nasihatkan ctc kakp cepat2 dlm tempoh seminggu lps pengumuman PKP, dan batalkan tempahan, insyaallah kakp pulangkan deposit. 


Minta maaflah ya. Kakp tak nak hutang kat uols lama2😅. Kalau kakp pegang duit uols berbulan2 sekalipun, tiada jaminan kakp akan dulukan booking uols, sebab siapa yg maklumkan tarikh & waktu (slot) booking yg baru terlebih dahulu, dia yg akan dapat slot tu. Jadi better ambik balik duit uols sementara kakp masih hidup😆


Seandainya satu hari nanti uolls dah dapat tarikh & waktu booking yg baru, kalau mmg ada rezeki, insyaallah kita akan bekerjasama😊.


Ok ni cara kakp. MUA lain, lain cara kerja mereka. Harap tiada kecaman kepada mana2 pihak ya. 


Btw deposit kakp RM50 je per sesi. Sapa nak buat booking dialu2kan. Insyaallah kalau tempahan uols terkena tarikh PKP akan datang, kakp akan refund.. syaratnya tuntut dalam tempoh yang dinyatakan. 


Jelas yaa ☺️💕💕

Comments

Popular Posts