Pakej Bride & Family

Pakej Bride & Family
Pengantin (RM300) + ahli keluarga/bridesmaids (RM100/org)

Pakej Day Event

Pakej Day Event
RM150/org (3-5org shj)

Pakej Dinner

Pakej Dinner
RM200/org (3-5org shj)

Pengecualian akibat PKP (pengumuman 27/6/21)

 





“TOTAL LOCKDOWN” 

FASA PERTAMA PKP (cont)

Pengumuman: 27 Jun 2021 

Tempoh: Selasa 28 Jun 2021 sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak 

Kawasan terlibat: Seluruh negara



Info sama je dengan maklumat sebelum ni cuma kali ni ada perubahan hanya untuk pelanggan yg buat tempahan utk tarikh2 sebelum 31/8/21. Baca sampai habis ya. 

 

Merujuk SOP Fasa 1 Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 oleh kerajaan Malaysia dalam menangani penularan wabak Covid-19, sila ambil maklum perkhidmatan solekan dan persiapan pengantin tidak diwartakan sebagai  ‘perkhidmatan perlu’ (essential services).


Oleh itu dukacita dimaklumkan pihak kami tidak dapat menjalankan perkhidmatan solekan dan persiapan pengantin sepanjang tempoh PKP.  


Sehubungan dengan itu pihak kami menawarkan pengecualian kepada pelanggan yang telah membuat tempahan seperti syarat di bawah:


PENGECUALIAN AKIBAT PKP (PENGECUALIAN KHAS BENCANA)


Pengecualian adalah hanya kepada pelanggan berikut:

  1. yang telah menempah sebelum tarikh pengumuman PKP.
  2. yang telah menempah mana-mana tarikh & waktu (slot) yang dijadualkan dalam tempoh PKP berkuatkuasa samada ke atas pihak kami atau pihak pelanggan. 
  3. dengan alamat lokasi persiapan/tugasan di kawasan terbabit dengan PKP sahaja.

Sila hubungi pihak kami untuk salah satu tindakan berikut:

  1. Meminda slot tempahan. 
  2. Menuntut pemulangan deposit dan/atau baki bayaran yang telah dijelaskan. 


MEMINDA SLOT TEMPAHAN

Syarat:

  1. Pemakluman slot baru hendaklah dibuat dalam masa 6 bulan dari tarikh slot tempahan asal. 
  2. Slot baru boleh dipilih dari mana-mana slot dalam tempoh setahun bermula dari tarikh slot tempahan asal.

Jika tiada slot baru dimaklumkan sehingga tempoh 6 bulan tersebut berakhir, deposit dikira lupus tanpa pemberitahuan. 



MENUNTUT PEMULANGAN DEPOSIT DAN/ATAU BAKI BAYARAN YANG TELAH DIJELASKAN

Syarat:

  1. dibuat dalam tempoh 1 minggu selepas makluman PKP.
  2. Sila sertakan
    1. Nama bank
    2. No akaun bank
    3. Nama pemunya akaun
  3. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan sebaik transaksi pemulangan di atas telah diselesaikan. 
  4. Kami tidak bertanggungjawab ke atas wang yang tidak dituntut. 

Jika tiada tuntutan dari pihak pelanggan sehingga tamat tempoh 1 minggu tersebut, status tempahan dianggap sebagai 'Meminda Slot Tempahan’ dan tertakluk kepada syarat yang berkenaan.  


*****


Khas kepada pelanggan yang memenuhi syarat di atas dan telah membuat tempahan sehingga 31 Ogos 2021: 

Oleh kerana pengumuman lanjutan tempoh PKP Fasa 1 yang bertarikh 27 Jun 2021 tidak menetapkan tempoh sekatan sehingga tarikh tertentu, pelanggan yang ingin menuntut pemulangan deposit boleh berbuat demikian mulai dari tarikh pengumuman pada hari ini sehingga tarikh tempahan masing-masing.






Comments

Popular Posts