PPN menggantikan PKP
PPN (Pelan Pemulihan Negara)
Terma PKP digantikan dgn PPN. Kita kekal berada pada fasa 1 sehingga jumlah kes Covid-19 di negara ini mencapai nilai ambang di bawah 4,000 kes dengan kes di Unit Rawatan Rapi tidak lagi berada pada paras tenat dan vaksinasi ditingkatkan, barulah kita akan bergerak kepada fasa 2.
PKP dilanjutkan: PM | Harian Metro
Pelan-Pemulihan-Negara-SOP-Fasa-1-Kemaskini-6-Julai-2021.pdf
19 Julai 2021
Perubahan kecil SOP Fasa 1, Fasa 2 PPN | Berita Harian
Edited:
28 Julai 2021
******
Post ini sekadar ulang siar pengumuman terdahulu.
Berdasarkan maklumat di atas, dukacita dimaklumkan pihak kami tidak dapat menjalankan perkhidmatan solekan dan persiapan pengantin sepanjang tempoh PKP/PKPD.
Sehubungan dengan itu pihak kami menawarkan pengecualian kepada pelanggan yang telah membuat tempahan seperti syarat di bawah:
PENGECUALIAN AKIBAT PKPD (PENGECUALIAN KHAS BENCANA)
Pengecualian adalah hanya kepada pelanggan berikut:
- yang telah menempah sebelum tarikh pengumuman PKPD.
- yang telah menempah mana-mana tarikh & waktu (slot) yang dijadualkan dalam tempoh PKPD berkuatkuasa samada ke atas pihak kami atau pihak pelanggan.
- dengan alamat lokasi persiapan/tugasan di kawasan terbabit dengan PKPD sahaja.
Sila hubungi pihak kami untuk salah satu tindakan berikut:
- Meminda slot tempahan.
- Menuntut pemulangan deposit dan/atau baki bayaran yang telah dijelaskan.
MEMINDA SLOT TEMPAHAN
Syarat:
- Pemakluman slot baru hendaklah dibuat dalam masa 6 bulan dari tarikh slot tempahan asal.
- Slot baru boleh dipilih dari mana-mana slot dalam tempoh setahun bermula dari tarikh slot tempahan asal.
Jika tiada slot baru dimaklumkan sehingga tempoh 6 bulan tersebut berakhir, deposit dikira lupus tanpa pemberitahuan.
MENUNTUT PEMULANGAN DEPOSIT DAN/ATAU BAKI BAYARAN YANG TELAH DIJELASKAN
Syarat:
- Tuntutan dibuat dalam tempoh 1 minggu selepas makluman PKPD.
- Sila sertakan
- Nama bank
- No akaun bank
- Nama pemunya akaun
- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan sebaik transaksi pemulangan di atas telah diselesaikan.
- Kami tidak bertanggungjawab ke atas wang yang tidak dituntut.
Jika tiada tuntutan dari pihak pelanggan sehingga tamat tempoh 1 minggu tersebut, status tempahan dianggap sebagai 'Meminda Slot Tempahan’ dan tertakluk kepada syarat yang berkenaan.
Comments
Post a Comment