Pakej Bride & Family

Pakej Bride & Family
Pengantin (RM300) + ahli keluarga/bridesmaids (RM100/org)

Pakej Day Event

Pakej Day Event
RM150/org (3-5org shj)

Pakej Dinner

Pakej Dinner
RM200/org (3-5org shj)

PPN Fasa 1

 





Merujuk SOP terkini https://covid-19.moh.gov.my/faqsop/pelan-pemulihan-negara-sop-fasa-satu , dukacita dimaklumkan pihak kami tidak dapat menjalankan perkhidmatan solekan dan persiapan pengantin sepanjang tempoh PPN Fasa 1. 


Sehubungan dengan itu pihak kami menawarkan pengecualian kepada pelanggan yang telah membuat tempahan seperti syarat di bawah:


PENGECUALIAN AKIBAT PPN Fasa 1. (PENGECUALIAN KHAS BENCANA)


Pengecualian adalah hanya kepada pelanggan berikut:

  1. yang telah menempah sebelum tarikh pengumuman PPN Fasa 1.
  2. yang telah menempah mana-mana tarikh & waktu (slot) yang dijadualkan dalam tempoh PPN Fasa 1 berkuatkuasa samada ke atas pihak kami atau pihak pelanggan. 
  3. dengan alamat lokasi persiapan/tugasan di kawasan terbabit dengan PPN Fasa 1 sahaja.


Sila hubungi pihak kami untuk salah satu tindakan berikut:

  1. Meminda slot tempahan. 
  2. Menuntut pemulangan deposit dan/atau baki bayaran yang telah dijelaskan. 


MEMINDA SLOT TEMPAHAN

Syarat:

  1. Pemakluman slot baru hendaklah dibuat dalam masa 6 bulan dari tarikh slot tempahan asal. 
  2. Slot baru boleh dipilih dari mana-mana slot dalam tempoh setahun bermula dari tarikh slot tempahan asal.


Jika tiada slot baru dimaklumkan sehingga tempoh 6 bulan tersebut berakhir, deposit dikira lupus tanpa pemberitahuan. 



MENUNTUT PEMULANGAN DEPOSIT DAN/ATAU BAKI BAYARAN YANG TELAH DIJELASKAN

Syarat:

  1. Tuntutan dibuat dalam tempoh 1 minggu selepas makluman PPN Fasa 1.
  2. Sila sertakan
    1. Nama bank
    2. No akaun bank
    3. Nama pemunya akaun
  3. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan sebaik transaksi pemulangan di atas telah diselesaikan. 
  4. Kami tidak bertanggungjawab ke atas wang yang tidak dituntut. 



Jika tiada tuntutan dari pihak pelanggan sehingga tamat tempoh 1 minggu tersebut, status tempahan dianggap sebagai 'Meminda Slot Tempahan’ dan tertakluk kepada syarat yang berkenaan.  

Comments

Popular Posts