Pakej Bride & Family

Pakej Bride & Family
Pengantin (RM300) + ahli keluarga/bridesmaids (RM100/org)

Pakej Day Event

Pakej Day Event
RM150/org (3-5org shj)

Pakej Dinner

Pakej Dinner
RM200/org (3-5org shj)

Status MySj & ujian kendiri Covid-19





Assalamualaikum

Hi uols. Alhamdulillah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor dah beralih ke  fasa 4 dalam Pelan Pemulihan Negara bermula 18 Oktober 2021. Terima kasih kpd para pelanggan dan rakan2 seindustri yang contact kakp utk book. Minta maaf kakP tak buka tempahan utk 2021 dah. Tapi sesiapa yg nak tempah untuk tahun 2022 dialu2kan. 

Seperti yang kita tahu, vaksin adalah sebahagian usaha mencegah jangkitan. Oleh itu kakp sendiri dah pun lengkap 2 dos vaksin pada penghujung Julai lalu. Alhamdulillah setakat ni masih diberi rezeki kesihatan. 

Sehubungan dengan itu di sini kakP kongsikan SOP tambahan kepada bakal pelanggan demi mengurangkan risiko jangkitan: 

1. Perkhidmatan terhad kepada pelanggan lengkap dos vaksin virus Covid-19 dan telah melepasi tempoh 2 minggu selepas suntikan terakhir pada tarikh perkhidmatan dijadualkan sahaja. 

2. Pelanggan dikehendaki berkongsi tangkap layar status MySejahtera yang telah dikemaskini melalui e-mail/aplikasi whatsapp (sila tutup nombor kad pengenalan demi mengelakkan eksploitasi dokumen) sebelum/sebaik mengesahkan tempahan (rujuk gambar)


3. Dalam tempoh 24jam sebelum tarikh perkhidmatan dijadualkan, pelanggan dikehendaki

  1. menjalani ujian kendiri Covid-19
  2. berkongsi gambar bersama hasil ujian kendiri Covid-19 melalui e-mail/aplikasi whatsapp (rujuk gambar; gambar contoh ni kakP tutup la muka client ni, nanti gambar uols tunjuk la muka uols yg lawa jelita tu ya😄)
4. Setiap pelanggan akan diminta menunjukkan status MySejahtera pada telefon bimbit masing2 berserta kad pengenalan sebagai pembuktian di lokasi tugasan sebelum setiap tugasan bermula. 

5. Perkhidmatan terhad kepada pelanggan dengan status MySejahtera berikut sahaja:
    1. ‘Risiko Rendah/Low Risk’
    2. ‘Kontak Kasual Tidak Bergejala/Casual Contact No Symptoms’. 
6. Pihak kami berhak membatalkan tempahan tanpa memulangkan deposit dan menuntut sebarang kos tambahan yang telah dikeluarkan sekiranya pihak pelanggan didapati gagal mematuhi syarat di atas.

Hasil ujian kendiri Covid-19 KakP akan kongsikan kpd pelanggan upon request ya. So kalau tak mintak kakP tak kongsi. Tapi masa hari mekap, sebaik sampai lokasi, sama  ambik suhu badan uols tu, kakp ambik suhu badan kakp sekali & kalau nak tgk sijil vaksin digital kakP
pun boleh. 

Ok tu saja buat kali ni. Semoga usaha kita diredai Allah. Stay safe everyone💚

Comments

Popular Posts